AKU MASIH MENCARI SESUATU YANG PASTI, AKU MASIH MENCARI SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN DIMILIKI, AKU MASIH MENCARI APA YANG BELUM AKU TEMUI, AKU MASIH MENCARI APA YANG TIDAK DIPENUHI, NUMUM APA LAGI YANG ADA DALAM HATIKU, AKU TERUS MENCARI DAN TERUS MENCARI
Siapa Saya (PENULIS)
- Rusmanizam Bin Ismail
- Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Blog SuarahatiKu. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog yang saya ilhamkan ini. Mungkin anda mengenali saya dan mungkin anda mahu mengenali saya. Nama saya Rusmanizam bin Ismail...Anak peneroka..Tergolong dari keluarga yg susah satu ketika dulu..Bapa seorang penoreh getah. Mak pula surirumah dan dia juga menoreh getah membantu bapa. Saya mempunyai 5 adik beradik. Iaitu 4 lelaki 1 perempuan. Masing-masing dah berkerja kecuali adik perempuan masih study..
Saturday, September 18, 2010
Aku Pecinta Wanita
Masa kecik-kecik dulu, aku suka bermain pondok2 dengan kawan2 perempuan...diorang plak suka kalau aku jadi pasangan diorang.. tapi yang hairannya aku jugak turut masak dan mengemas. Masa tu umur aku dalam darjah satu atau dua...Dulu masa gi sekolah mak mesti pakaikan aku bedak di muka..kekadang aku sental lipstik merah menyala mak kat bibir aku...he he he...kat sekolah aku sangat rapat ngan kawan2 perempuan..kalau sembang2 pun semua pasal nak jadi cantik mcm dia tu la dia ni la dan macam2 lagi semuanya nk cantik...sampai aku pun nak cantik jugak...Bila dh besar ,di rumah aku lebih suka mengemas dan memasak dari bermain diluar...Mak ajar aku masak... Dulu aku ni pemalas skit nk pi menoreh getah..bila p noreh je aku bebal (p sebab terpaksa)..last2 mak aku suruh aku masak....kalau pagi2 aku p noreh, bila pi sekolah je, tangan aku bau getah busuk he he...segan dengan kawan2..tapi tak pa mak bagi aku upah...aku mula bergaya...baju dan seluar sekolah aku tempah. tak main la beli kat pasaraya..masa tu aku glamor la skit..Awek tak yah cakap la...banyak...tp kebanyakkannya kawan je..bila aku abis sekolah, aku berkerja di kuala lumpur..hidup aku sosial,aku bercampur dengan mcm2 org..aku keja Hotel..aku dah malas nk sambung belajar..bila ada duit aku mula meliar..tp aku tahu batas-batasnya...masa keja hotel aku mula belajar tentang bercinta. aku keje sebagai house keeping..oh kemas bilik..memang aku minat keje tu tapi penat...dah lama skit aku masuk department F&B..makin hari aku rasa mcm keje ni tak kekal lama..sebab byk kawan2 termasuk lah awek2 aku he he he keje setahun je berenti..ramai yg tak kekal..so aku kena cari keje yg kekal..aku pun try p temuduga tentera sbb keputusan spm aku bagus aku dapat pangkat 1...aku tak nak p Universiti sbb banyak pakai duit..aku tak nak guna duit mak ayah aku lagi, cukuplah diorang menanggung aku sampai tingkatan 5... So, aku minta jadi tentera.Pada mulanya aku minta jadi tentera Darat...sebab aku betul2 tak tahu berenang...ini punca dari mak tak bagi mandi sungai...kalau p sungai je mak suruh bawak penceduk air..Mak berenang, kami adik beradik mandi cebuk je hu hu hu..Masa temuduga,aku terpilih untuk dibawa masuk ke tentera Laut sbb keputusan SpM aku bagus..aku pada mulanya tak nak, tp ada mamat Navy cerita pasal p luar negara la, awek banyak la,smart la,dan mcm2 lagi..aku pun terpesona dan lupa yg aku tak tahu berenang..bila masuk je Pangkalan TLDM lumut, aku terbaca satu signboard.."kedatangan anda tidak diundang,kalau rasa ragu2 silalah pulang"...perhhh ngerinye..masa tu tahun 2000...skrg signboard tu dh tak de....to be countinue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bile nak update lagik?hahaha..amik la gambar2 kat sane letak kat dalam ni..
ReplyDeletewah.... angah....bestnyer ..cite cam lam novel hehehhe
ReplyDelete