1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
AKU MASIH MENCARI SESUATU YANG PASTI, AKU MASIH MENCARI SESUATU YANG TIDAK MUNGKIN DIMILIKI, AKU MASIH MENCARI APA YANG BELUM AKU TEMUI, AKU MASIH MENCARI APA YANG TIDAK DIPENUHI, NUMUM APA LAGI YANG ADA DALAM HATIKU, AKU TERUS MENCARI DAN TERUS MENCARI
Siapa Saya (PENULIS)
- Rusmanizam Bin Ismail
- Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Blog SuarahatiKu. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog yang saya ilhamkan ini. Mungkin anda mengenali saya dan mungkin anda mahu mengenali saya. Nama saya Rusmanizam bin Ismail...Anak peneroka..Tergolong dari keluarga yg susah satu ketika dulu..Bapa seorang penoreh getah. Mak pula surirumah dan dia juga menoreh getah membantu bapa. Saya mempunyai 5 adik beradik. Iaitu 4 lelaki 1 perempuan. Masing-masing dah berkerja kecuali adik perempuan masih study..
Saturday, September 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment