Siapa Saya (PENULIS)

My photo
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Blog SuarahatiKu. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog yang saya ilhamkan ini. Mungkin anda mengenali saya dan mungkin anda mahu mengenali saya. Nama saya Rusmanizam bin Ismail...Anak peneroka..Tergolong dari keluarga yg susah satu ketika dulu..Bapa seorang penoreh getah. Mak pula surirumah dan dia juga menoreh getah membantu bapa. Saya mempunyai 5 adik beradik. Iaitu 4 lelaki 1 perempuan. Masing-masing dah berkerja kecuali adik perempuan masih study..

Sunday, August 21, 2011

SeiKLaS CiNTaKu UNTuKMu

Bahagiakah kau disisi ku,
ketika musim hujan tiba,
kubukakan payung untukmu
kita saksikan titisan air berebut jatuh



Bahagiakah kau disisku, 
ketika musim bunga tiba,
kupetikkan setangkai untukmu
kelopak- kelopaknya bertaburan di antara jemari kita.



Bahagiakah kau disisku,
ketika malam tiba,
aku nyalakan api menghangatkanmu
dan kubiarkan kamu bersandar di bahuku.



Bahagiakah kau disisku,
ketika pagi tiba, 
kubukakan jendela
lalu kita rasakan hembusan angin pagi .



Bahagiakah kau disisiku, 
cincin yang melingkar di jari manismu
simbol cintaku untukmu, hanya untukmu, biarkan selamanya di situ.








No comments:

Post a Comment